Words of Wisdom

"The first step in the acquisition of wisdom is silence, the second listening, the third memory, the fourth practice, the fifth teaching others" Solomon Ibn Gabriol

Tuesday 7 June 2011

Add Math Simultaneous Equations

Tajuk Add Math Simultaneous Equations adalah topik dimana soalannya akan keluar dalam kertas 2 soalan pertama kebiasaannya.  5 markah diperuntukkan untuk soalan ini dan amatlah mudah untuk memperolehi sekurang2nya 4 markah jika kita tahu bagaimana cara permarkahan diberi.  Sebelum itu lihat dahulu dimana langkah kerja yang diberi markah.

"Simultaneous Equations"

  1. Langkah 1     Membuat rumus, samada rumus x atau y dari persamaan linear (jika soalan memberi x dan y sebagai anu)
  2. Langkah 2     Menggantikan rumus di (1) ke dalam persamaan yang satu lagi (tak linear)
  3. Langkah 3     Memfaktor ATAU menggunakan rumus bagi mencari nilai anu (digalakkan menggunakan rumus)
  4. Langkah 4     Nilai anu diperolehi
  5. Langkah 5     Nilai anu yang satu lagi diperolehi (dengan menggantikan nilai di (4) ke dalam rumus di (1))
Tersebut di atas adalah langkah2 pemarkahan yang diberi sekiranya jln kerja yang ditunjukkan adalah betul.  Bagaimana sekiranya terdapat beberapa kesalahan dikesan dilakukan? Sekiranya kamu adalah pelajar yang sederhana ikuti langkah ini.

1)   Langkah 1   senang jer.  Takkan tu pun tak tau
2)   Langkah 2   pun senang jugak, sebab main ganti jer

Selepas Langkah 3, kamu akan melakukan pengembangan (expand) sebutan.   Disini biasanya pelajar akan melakukan kesalahan atau kecuaian.  Kamu tidak perlu risau.  Jika kamu tidak tahu nak buat apa, kamu lakukan saja sesuka hati kamu tetapi pastikan sebutan yang kamu dapat nanti adalah dalam bentuk am (general form) persamaan kuadratik ax2 + bx + c  = 0 dengan memastikan nilai b jangan kosong.  Maksudnya tak boleh mcm ni 2x2 – 4 = 0.   Kalau a = 0 lagi lah tak boleh.   Ala korang buat je lah asal bentuknya mcm ni 2x2 + 3x -5 = 0  contohnya.

3)   Langkah 3   Tulis rumus dgn betul dan masukkan nilai a, b dan c persamaan kuadratik kedalam rumus.
4)   Langkah 4   Nilai anu diperolehi
      (kalau nilai anu tu kamu tekan dapat "math error" jgn risau, kalau ada masa adjust nilai a, b dan c kat persamaan kuadratik yg kamu buat tu.  Kalau tak de masa, belasah jer)

5)   Langkah 5   Dapat nilai anu yang satu lagi.
      (Pastikan kamu kira dengan betul dengan memasukkannya ke dalam persamaan di Langkah 1)

Itulah langkah2 terdesak bagi pelajar yang terdesak (yang berapa ok dalam Add Math).   Tapi sebelum tu pastikan kamu buat yang terbaik.  Practice makes perfect.

By myaddmathteacher.blogspot.com | Add Math Simultaneous Equations

Thursday 2 June 2011

Add Math : Indices And logarithns

Tajuk Add Math seterusnya saya akan membincangkan tajuk dia atas tu.  Ni satu lagi tajuk yang pelajar tak berapa gemari ( diorang gemari apa pun saya tak tau). 

Pertama, saya akan pergi ke bahagian indices.   Dari pandangan saya, tajuk indices ni akan keluar 1 soalan di dalam kertas 1. Untuk menyelesaikan tajuk indices ni, pelajar boleh menggunakan kaedah log, tetapi mengikut pemerhatian saya, sejak 2004 hinggalah 2010 jika tak nak gunakan log pun boleh.  Hanya pada tahun 2003 saja soalannya keluar yang memerlukan penggunaan log ( tahun 2003 ialah tahun pertama format baru ) .

Apa lagi ya! Ok..untuk soalan indices ni, jika di perhatikan ia hanya mempunyai dua bentuk shj, di ulangi 2 bentuk shj.  Bentuk apa tu?  Satu yang mempunyai dua sebutan dan satu lagi mempunyai tiga sebutan (sebutannya diasingkan dengan tanda tolak atau tambah).   Bagaimana menyelesaikannya? 

Secara ringkasnya,
Untuk yang dua sebutan tu, kamu mesti boleh meletakkan sebutan tu di kiri dan kanan persamaan, samakan asasnya, samakan kuasanya, wala! buat jawapn. Cthnya:  4x – 1 = 82x

Untuk yang tiga sebutan pula, kamu mesti tau memecahkan (gunakan hukum indices) sebutan tu kepada dua bahagian (cthnya:  2x + 1 dipecahkan menjadi 2x x 21 ) dan kamu mesti dapati ada sebutan yang sama dalam dua  sebutan tu  (cthnya :   2x x 2 + 2x x 3  ; sebutan sama 2x) ATAU mempunyai kuasa yang sama (cthnya :  2x x 3x  ; kuasa sama x), seterusnya jadikan ia dua sebutan, samakan asas,samakan kuasa, buat jawapan.

Untuk lebih memahamai penerangan di atas, mari kita lihat beberapa contoh, click link di bawah
http://www.scribd.com/Indices


myaddmathteacher.blogspot.com | Add Math