Words of Wisdom

"The first step in the acquisition of wisdom is silence, the second listening, the third memory, the fourth practice, the fifth teaching others" Solomon Ibn Gabriol

Sunday 29 May 2011

QUADRATIC FUNCTION

Bagi tajuk Quadratic Function, saya akan menyentuh pada sub-topik Quadratic Inequalities.  Di dalam tajuk ini apa yang dikehendaki adalah untuk mencari julat nilai x.  Mengikut pandangan saya selama beberapa tahun ini, tajuk ini adalah tajuk yang pasti (kemungkinan yang besar) akan keluar didalam kertas 1.

Oleh itu, jika sekiranya kita telah mengetahui bahawa soalan bentuk ini akan keluar, ayuh kita tekankan bagaimana untuk menyelesaikannya.  Soalan ini adalah soalan yang boleh diketegorikan sebagai soalan yang mudah di dalam Add Math.

Tahukah anda bahawa soalan ini diberikan sedemikian ia  pasti boleh difaktorkan dan anda akan lihat bagaimana lakaran yang digunakan hanya menggunakan hanya 1 cara iaitu dengan meletakkan tanda ketaksamaan dan x pada setiap kawasan positif (+) dan negatif (-).   Dan tanda + dan - itu pula akan sentiasa berselang seli ( +, - , + ).  Oleh itu, jika pada jalan kerja menghendaki +, maka kita hanya perlu menurunkan tanda-tanda di dalam kawasan yang positif bagi mendapatkan jawapannya dan begitu juga sebaliknya.   Oleh itu adalah penting diingati bahawa hanya terdapat dua jawapan sahaja yang terima iaitu
i)  bagi positif adalah,  x < p dan  q < x
ii) bagi negatif adalah   p < x < q

Nota  :  Jika ketaksamaan terdapat tanda sama, maka jawapan ketaksamaan pun terdapat tanda sama.

Tentu anda tidak fahamkan jika sekiranya hanya membaca nota tanpa melihat jalan penyelesaiannya. Ayuh klik dibawah bagi melihat langkah-langkah yang dilakukan. 

ATAU

Quadratic Inequalities (POWER POINT)




                                                      myaddmathteacher.blogspot.com | Quadratic Function

1 comment:

  1. nie add math SPM ke??? nasib baik sy dh lepas dh... srkg tgh belajar kalkulus plak....hahaa

    ReplyDelete