Words of Wisdom

"The first step in the acquisition of wisdom is silence, the second listening, the third memory, the fourth practice, the fifth teaching others" Solomon Ibn Gabriol

Saturday 28 May 2011

Add Math : COMPOSITE FUNCTION - mencari fungsi tunggal

Tajuk Add Math : mencari fungsi tunggal bermaksud contohnya mencari fungsi f(x) sekiranya diberi fungsi g(x) dan fungsi fg(x) atau gf(x).

Selain dari kaedah yang ditunjukkan didalam buku, terdapat juga kaedah lain yang boleh digunakan.   Tetapi sebelum menggunakan kaedah alternatif, pelajar mestilah terlebih dahulu belajar kaedah yang biasa tu.   Dan akhirnya pilihan ditangan anda untuk memilih kaedah yang mana satu.

Kaedah alternatif ini diketengahkan oleh pusat easy-math dan hanya menggunakan 1 cara sahaja, berlainan dengan kaedah biasa yang menggunakan 2 cara.   Untuk menggunakan kaedah ini, pelajar sepatutnya telah belajar mencari fungsi gubahan (composite) dan juga sonsang (inverse).

Begini maksudnya
i)     sekiranya soalan menghendaki mencari g(x) dengan diberi fg(x) dan f(x), maka pelajar perlu mencari f-1(x) dahulu dan menggunakan fungsi gubahan f-1fg(x).

 ii)     sekiranya soalan menghendaki mencari f(x) dengan diberi fg(x) dan g(x), maka  pelajar perlu mencari g-1(x) dahulu dan menggunakan fungsi gubahan fgg-1(x).

Ini bermaksud
i)                   f-1fg = g (songsang f letak disebelah f)
ii)                fgg-1 = f (songsang g letak disebelah g)

Mari kita selesaikan beberapa contoh.

http://www.4shared.com/document/sjrQardh/Composite_Function_2.html

atau

http://www.scribd.com/doc/56496413/Add-Math-Composite-Function-2

By Add Math
myaddmathteacher.blogspot.com

2 comments:

  1. Baguslah.. saya mudah faham.. mana tajuk yang lain -lain cikgu?

    ReplyDelete